LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA by Ustaz Nasir on Thursday, January 5, 2012 at 4:01pm

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..
ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!
**********************************************************************************
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya
mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz
supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya
selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz
saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg
cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya
merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu
buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya
telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya
cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang
tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung
labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz
perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam
keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya
katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik
daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama
lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan
tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa
saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana
pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya
yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya
selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan
kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun
rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya
tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci
saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu
saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra
dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan
makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila
dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?
Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan
geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak
pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan
membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya
sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja
dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada
masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam
handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak
pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas
untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi
goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa
daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di
luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan
saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang
badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan
jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama
saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz
suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu
adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya
patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima
bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga
saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan
tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah
yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam
berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk
dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya
dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga
saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri
sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan
melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman
mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu
saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli
dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan
tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan
memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu
barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika
saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri
saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera
makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya
jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak
kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya
makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya
lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan
saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai
airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat
diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya
di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya
belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak
berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah
abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”
Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi
sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah
ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi
isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat
melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin
hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi
katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga
diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata
terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg
pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta
layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz
saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini
hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan
akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan
solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan
insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada
meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari
saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini
dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang
ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak
sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang
pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa
terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk
tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan
teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama
mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan
kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**********************************************************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya
banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg
dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca…
tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar
bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu
tu dibawah copyright..
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....
Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,
sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah
sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari
selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..
Sumber:copy n paste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan