Ahad, 19 Februari 2012

Program di Mu'tah

 Baru-baru ni ana dan sahabat2 pergi satu program yang diadakan di Mu'tah selama 2 hari. Sebenarnya program  tu di bawah "BKAPJ" secara ringkasnya untuk anak-anak perak tapi peserta dibuka untuk semua anak-anak Malaysia. Waktu tu pula Mu'tah tengah turun salji, ana dan sahabat2 apa lagi exited sangat nak main salji jadi semua pakat-pakat nak pi Mu'tah dengan niat nak main salji.hehe..^^

  Sebelum tu ana ada tanya sahabat ana yang tinggal kat Mu'tah namanya Wardah. Ana pun tanyalah "wardah dekat sana ada salji tak lagi"? Dia jawab "kalau enti mai salji dah tak turun dah la"..lepas tu ana kata la "Macam tak bagi ana pi Mu'tah ja"..=="

  Keesokkannya ana bertolak bersama-sama sahabat dalam pukul 10.00 pg dengan menaikki coster (bersama "Hiram" yang tebal maklumlah "Mu'tah" tempat yang paling sejuk di Jordan semasa musim syita' berbanding "irbid")..^^"

  Dalam perjalanan nak pi Mu'tah banyak juga dugaan yang menimpa. Pertamanya p.cik coster ni rajin sangat berhenti tepi jalan kalau sekali dua tak pa juga ni dah berkali-kali sampai naik pening orang dalam coster. Tiba-tiba pula tayar coster buat hal jadi kena tukar tayar pula. Pusing sana pusing sini, perjalanan yang sepatutnya 4 jam jadi 6 jam.~sabo je la~demi salji..he2

  Setibanya di Mu'tah apa yang diharapkan tidak kunjung tiba.(paham2 je la) mungkin ada hikmahnya. Mula-mula sampai tu senior-senior Mu'tah sambut kami dengan ramah mesra. Dibawanya kami ke tempat program. Selepas insyak ana dan sahabat minta untuk transit ke rumah tumpangan walaupun masa tu program masih tengah berjalan sebab badan dah terasa letih. Yang paling best ana dapat tumpang rumah sahabat ana yang ana ceritakan diatas. Selalunya ana dan dia hanya jumpa di skype ja. Kali ni dapat tinggal di rumah dia satu hari.

-Tak nak memanjangkan cerita..secara ringkasnya keesokkannya bermula program di mu'tah..
-sempat juga snap gambar jamiah mu'tah
-terdetik dalam hati "Cantik juga jamiah mu'tah" tapi jamiah yarmouk tetap di hati..^^
-Sangat berterima kasih kepada orang-orang mu'tah, layanan mereka terhadap kami memang first class..he2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan