Rabu, 18 Julai 2012

Cita-cita yang tercapai…


                                              Semasa di jerash

Masih ana ingat, kata-kata guru tercinta bahawa cita-cita mesti dipupuk dari kecil..walaupun cita-cita ana sentiasa berubah..

Salah satu cita-cita ana yang ana tanam dalam hati selama beberapa tahun adalah ana nak sambung “Belajar di luar Negara” dan ana mengkhususkan Negara Jordan sebagai  nagara itu. Seingat ana cita-cita itu bermula dari ana form 2 sewaktu abah dan umi ana menziarahi Negara Jordan semasa hendak mengerjakan umrah di Mekah.

Sejak itu ana mengenali Negara Jordan saat abah dan umi ana menceritakan keadaan Negara tersebut dan mereka juga bercita-cita nak menghantar ana ke sana..dengan itu ana berusaha untuk memenuhi cita-cita tersebut dengan belajar rajin2 semasa spm..Hasilnya keputusan spm ana cukup lumayan bagi ana..habis ting 5, abah ana suruh ambik stam pula..ana ikut ja kata2 abah lagipun masa tu ana tak minta mana2 university..Jadi ana sambung stam selama setahun..Lepas habis stam barulah ana apply Negara Jordan…

Allhamdulillah….
Sekarang ana telah pun sampai Negara yang ana bercita-cita nak pergi..dah nak cukup setahun ana berada disini pada bulan 9 yang akan menjelma tak lama lagi..tetapi perjalanan ana masih jauh lagi..masih ada beberapa tahun ana di sini..banyak lagi ilmu yang perlu dikutip di bumi anbiya’ lagi barakah..ana selalu berpesan pada diri sendiri walaupun cita-cita ana sudah tercapai tapi masih banyak ujian yang perlu ana tempuhi jika ana mahu impian atau cita-cita yang lebih besar dan penting ana laksanakan yaitu sebagai “Hamba Allah” dalam mencapai Redha-Nya…ALLAHUMA AMIN…^_^

                                  kenangan di ajlun "salji lebat"