Semasa di jerash
Masih ana
ingat, kata-kata guru tercinta bahawa cita-cita mesti dipupuk dari
kecil..walaupun cita-cita ana sentiasa berubah..
Salah satu
cita-cita ana yang ana tanam dalam hati selama beberapa tahun adalah ana nak
sambung “Belajar di luar Negara” dan ana mengkhususkan Negara Jordan
sebagai nagara itu. Seingat ana
cita-cita itu bermula dari ana form 2 sewaktu abah dan umi ana menziarahi
Negara Jordan semasa hendak mengerjakan umrah di Mekah.
Sejak itu
ana mengenali Negara Jordan saat abah dan umi ana menceritakan keadaan Negara
tersebut dan mereka juga bercita-cita nak menghantar ana ke sana..dengan itu
ana berusaha untuk memenuhi cita-cita tersebut dengan belajar rajin2 semasa
spm..Hasilnya keputusan spm ana cukup lumayan bagi ana..habis ting 5, abah ana
suruh ambik stam pula..ana ikut ja kata2 abah lagipun masa tu ana
tak minta mana2 university..Jadi ana sambung stam selama
setahun..Lepas habis stam barulah ana apply Negara Jordan…
Allhamdulillah….
Sekarang
ana telah pun sampai Negara yang ana bercita-cita nak pergi..dah nak cukup
setahun ana berada disini pada bulan 9 yang akan menjelma tak lama lagi..tetapi
perjalanan ana masih jauh lagi..masih ada beberapa tahun ana di sini..banyak
lagi ilmu yang perlu dikutip di bumi anbiya’ lagi barakah..ana selalu berpesan
pada diri sendiri walaupun cita-cita ana sudah tercapai tapi masih banyak ujian
yang perlu ana tempuhi jika ana mahu impian atau cita-cita yang lebih besar dan
penting ana laksanakan yaitu sebagai “Hamba Allah” dalam mencapai
Redha-Nya…ALLAHUMA AMIN…^_^
kenangan di ajlun "salji lebat"


Tiada ulasan:
Catat Ulasan