Isnin, 27 Januari 2014





Pantaskah?

  Aku melihat di jendela bilik, mendongak ke langit nan biru, Subhanallah! Terdetik di hati kecilku, sungguh cantiknya langit, ingin aku memegangnya. Sambil aku melihat langit sambil aku selitkan bersama kecantikkannya dengan penciptanya yang maha agung Allah subhanahuwataa’la.

   Siapakah aku? Aku adalah hamba Allah, yang dicipta oleh penciptanya untuk beribadah kepadanya. Seperti dalam kalamnya “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” –surah az-dzaariyat:56-

   Astagfirullahalazim! Apa yang aku lakukan selama ini? Benarkah aku sudah menjadi hambaNya yang bersungguh-sungguh beribadah kepadanya? Apakah sudah cukup amalanku? Apakah aku sudah menjadi hambaNya yang bersyukur? Apa bekalan yang bakal aku bawa semasa di akhirat nanti? Pelbagai soalan terus menerus membayangi jiwaku tanpa jawapan.

   Tanpa sedar, air mataku mula mengalir laju membasahi pipi tembamku, aku hanya membiarkan ia menitik sehingga terdetik dalam hatiku agar air mataku ibarat dosa yang aku lakukan selama ini membiarkan dosa-dosaku mengalir sehinga habis, supaya tiada dosa lagi yang aku tanggung.

   Ya Allah, maafkan hamba Mu yang hina ini, yang selalu melakukan dosa kepada Mu. Selalu sangat lupa segala nikmat yang Engkau beri. Aku mula sedar akan tujuan aku di dunia ini, pada usia ini, aku tahu bila-bila masa nikmat kehidupan ini akan ditarik. Tapi aku mohon ya Allah, janganlah Engkau mengambil nyawa ini ketika aku lalai. Jangan ya Allah, jangan. Air mataku semakin laju mengalir, tangisan ku pula mula kedengaran kuat sehingga lah mataku terlelap.

   Titt…titttt

   Jam di hendsetku terus terusan berbunyi sehingga aku bangun dan menutupnya. Alhamdulillah, aku masih hidup, aku masih boleh beribadah kepadanya. Hatiku berbicara riang. Aku terus bangun bersihkan diri dan 
mengambil wudhu’ untuk menghadapNya. Setelah selesai solat aku terus membaca kalam Nya yang mulia.
Beberapa jam telah berlalu, aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Sebagai hambaNya di BumiNya dan dibawah langitNya.

   Jika aku nak melakukan sesuatu kemungkaran aku pantas mencantasnya dengan berkata pada diriku “Pantaskah aku berbuat dosa setelah banyak kenikmatan yang aku dapat”. Walaupun kadang-kadang aku terjunam juga pada sesetengah waktu. Kerana aku juga manusia biasa.

-sekadar coretan hatiku-


ð              #Saudara-saudara yang dikasihi dan dimuliakan Allah subhanahuwata’ala, pernahkah saudara berasa bagaimana yang saya rasa seperti coretan di atas. Mungkin ada di kalangan kita. Ya mungkin kita pernah melakukan dosa. Pasti kan? Tapi Allah sangat sayang kepada hamba-hambaNya. Bukankah pintu taubat sentiasa terbuka kepada hambaNya, sehingga ia akan ditutup bila tiba hari Kiamat. Adakah kita masih menunggu, dan hanya menunggu waktu itu sampai, tanpa melakukan apa-apa? Pantaskah? Pantaskah? Cuba kita muhasabah diri bersama-sama. Selagi kita masih hidup masih ada harapan untuk kita sama-sama melakukan amalan kepadaNya. Jangan lemah, jangan putus asa. Selamat beramal saudara seislamku. J

Rabu, 13 Februari 2013

Mesir Ana Datang

 Mesir namu-mu masih dalam ingatan,

 Tempat-mu penuh sejarah,

 10 hari tidak cukup untuk ku pusing 1 mesir,

 Bukit Thursina tidak dapat ku lupakan,

     Bukit thursina berbaki salji ~sejukk :)

 Saat mendaki jam 2 pagi, penuh dengan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental,

 Bersama tongkat ku naiki-mu wahai bukit thursina,

 Alhamdulillah ku sampai di puncak saat matahari terbit,

 Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah,

 Saat mula turun dari bukit thursina,

 Kakiku laju sahaja berjalan seperti mengelongsor,

 Alhamdulillah sampai juga di bawah...

 Mesir,

 Piramid sangat masyhur di negara-mu telah juga aku jejaki,

 Melihat pembinaanya masih kukuh,

 Tiada daya upaya melaikan dengan kekuasaan Allah,

 Tidakkah manusia bersyukur dijadikan aqal kepada manusia untuk berfikir,


 Sungai Nil,

 Yang sangat tenang aku menyelusuri,

 Di waktu malam,

 Angin terasa damai menolak bot ketengah untuk aku berfikir bagaimana saat nabi musa dibawa oleh-mu

 ke istana firaun,

 Bermulalah kisah seorang Nabi.


 Bermula lah perjalanan seorang perantau muslimah :)



 Aku ingin mengingati semua sejarah di Mesir,

 Supaya aku dapat menjadi orang yang bersyukur bukan orang yang kufur.

 Alhamdulillah ala kulli hal, perjalanan pergi dan balik,

 Dari jordan ke Mesir bermula dengan menaiki kapal dari aqobah dan berakhir di situ juga

 tidak dapat dilupakan.



 Alhamdulillah aku diberi peluang melihat ciptaanmu yang penuh sejarah dengan mataku sendiri.

 Ada rezeki, negara mesir ingin ku jejaki sekali lagi..=)


 Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang menyokong

 ku sampai saat ini, Jazakallahulakum khairan kasira...^_^



 zahratul syita,
 Tulabul urdhun.

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat Datang Musim Syita' (sejuk)


Musim syita’ datang lagi untuk kali ini,

Mengamit kesejukkan sepanjang hari,

Sedia maklum Negara Jordan mempunyai 4 musim:>

-musim syita (sejuk)
-musim kharif(luruh)
-musim soifi(panas)
-musim rabi’(bunga)

-Tatkala musim syita’ hendak sampai kemuncaknya tatkala itu imtihan nihae(exam akhir) seiring dengannya.

-Umi, abah, balong, bangah, abglang, achik, adkteh, adik dan sahabat2 sekalian sama ada mengenali daku atau tidak, doakan ku dapat mengharungi segala ujian disini dengan baik, Tidak lupa juga ku memohon maaf atas segala kesilapan ku secara langsung atau tidak langsung.

“Di sini ku sertakan tarikh2 imtihan yang bakal ku tempuh”

-31.12.2012
-5.1.2013
-8.1.2013
-10.1.2013
-13.1.2013

Sangat suka ku disini membezakan umat islam dahulu dengan umat islam sekarang dalam konteks musim syita'



maksudnya:-
Diriwayatkan daripada ibnu masu'd berkata:-
Selamat datang wahai musim sejuk yang turun padanya keberkatan, dipanjang malamnya untuk
qiamullai, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa.


-Umat islam dahulu sangat kuat beribadah sebagaimana dengan hadis diatas, jika dibandingkan dengan 
umat islam sekarang, sebagaimana contoh terdekat saya sendiri sangat susah nak bangun tepat-tepat
azan subuh, ya rabb "yaghfirni" apetah lagi untuk bangun qiamullai, jika puasa InsyaAllah lebih mudah
untuk dilaksanakan.

-Sahabat-sahabat di luar sana doakan kami disini kuat menempuhi segala cabaran yang datang. InsyaAllah.

28.12.2012,
pelajar urdhun.


Jumaat, 2 November 2012

Ukhuwah kita




Saya tidak pernah duduk asrama,
Saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga,
Saya tidak pernah tidur rumah kawan walaupun untuk pergi study,

Tapi sekarang saya sudah berjauhan dengan keluarga,
Saya telah memilih Bumi Syam sebagai rumah kedua saya,
Abangsaya pernah peril saya “mampukah saya berjauhan dengan keluarga” sedangkan hanya saya seorang yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga,
Sekarang saya mampu katakan yang saya “MAMPU” lakukannya,
Buktinya saya sudah berada di sini selama setahun lebih,
Walaupun kadang2 home sick juga.

Banyak yang saya pelajari disini,
Jika dula saya mengenal erti SAHABAT,
Hanya disekolah,
Hanya di kem2,
Kini saya lebih mengenal erti SAHABAT,
Apabila tinggal serumah dengan mereka,
Makan bersama mereka,
Pergi shopping bersama mereka,
Tengok cerita bersama mereka,
Berusrah bersama mereka,

Seperti Hadis Nabi:
Suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain. Lalu Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”
Bermusafir itu adalah cara yang terbaik untuk kita saling kenal mengenal.Segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Mula-mula saya rasa 4 tahun disini sangat lama,
Namun perasaan saya salah,
Kini saya dah pun berada di Tahun 2,
Berbaki lagi 3 tahun,
Masa berlalu dengan cukup pantas,
Banyak benda yang saya nak lakukan disini,
Tapi belum semua saya dapat lakukan lagi,
Banyak benda yang saya nak Belajar,
Tapi belum banyak pelajaran yang saya dapat,
Mungkin orang ingat saya sangat beruntung dapat belajar di sini,
Tapi saya akan jadi orang yang paling rugi,
Jika saya tidak menghargai peluang didepan mata,
Saya akui kadang2 saya lalai,
Saya lemah,
Saya juga manusia biasa,
Iman kadang2 naik kadang2 turun,
Saya perlukan nasihat,
Bila saya lemah semangat saya nak je mintak nasihat daripada keluarga,
Tapi apakah daya mereka sangat jauh,
Nak telefon mereka saya takut mengangu mereka,
Mereka juga ada urusan sendiri,
Banyak benda nak kena fikir,
Nak cari duit untuk pembelajaran saya lagi.
ALLAHU3x
Sungguh saya tidak mahu membebankan mereka.
Sekarang saya hanya ada sahabat,
Untuk menasihati saya,
Memang kadang2 saya sendiri tidak faham keadaan sahabat saya,
Maafkan saya wahai sahabat,
Tapi saya sentiasa,
 Cuba untuk jadi sahabat yang baik buat sahabat sekalian,
Ketahuilah itu!

                                                Ukhuwah kami..:)

Doa Rabitah:-Marilah kita sama2 baca doa ini dengan seikhlas mungkin:
“Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
-Berkumpul kerana mengasihi-MU,
-Bertemu untuk mematuhi perintah-MU,
-Bersatu memikul beban Dakwah-MU,
-Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong
Syariat-MU,
-Maka eratkanlah ikatannya,
-Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
-Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang sebenar,
-Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-MU yang tidak kunjung padam,
-Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman,
-Dan keyakinan serta Keindahan tawakal kepada-MU,
-Suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan-MU yang hakiki,
-Jika engkau takdirkan kami Mati, maka matilah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuagan Agama-MU.


Zahratulsyita,
Pelajar urdhun,
Jumaat 10.16pm.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam perantaun





Salam Perantaun!
Selamat menyambut aidil adha kepada keluarga tercinta dan sahabat handai.
Esok genaplah tiga kali aku beraya di bumi syam (al-urdhun) bersama shabat tercinta.
Pertama kali beraya disini jatuh pada hari raya adha juga.
Kedua pula pada hari raya Aidil-fitri.
InsyaAllah kali ketiga hari raya adha kembali.
Jika ditanya bagaimana perasaan beraya di perantaun. Allahu3x perasaan sedih mengamit jiwa
Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan ku beraya tanpa keluarga disisi.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Disebalik perasaan sedih kesyukuran selalu dilafazkan
Tidak semua orang di pilih untuk beraya di bumi barakah ini. Alhamdulillah!
Semoga aidil adha kali ini membawa beribu erti buat ana.
Keluarga ku yang tercinta jangan lupa doakan ku sentiasa tabah menempuh ujian di sini,
Jangan lupa juga doakan kejayaan ku disini.
Doa ku juga turut serta buat kamu semua ya usrati.


       Kenangan Raya aidil fitri 1433..:)


Sabda  رسول الله صلى الله عليه وسلم:
Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi yaitu doa orang tua, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.-riwayat abu daud-
Pesanan kepada sahabat sekalian jangan kita lupa sejarah islam yang berlaku pada Hari raya aidil adha yaitu Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi ismail, semoga kita sama2 dapat mengambil ibrah dari cerita tersebut. Wallahua’lam.

Rabu, 24 Oktober 2012

Erti Hidup menurutku...:)




"HIDUP"...........................?APA ERTI KEHIDUPAN???

Hidup tafsiran menurutku ibarat seperti LILIN, selagi mana sumbu lilin itu terus menyalakan api selagi itulah
sebuah kehidupan terus berjalan....Apabila sampai ajalnya api itu akan terpadam dek kerana sumbunya yang sudah kehabisan....


Adakah hidup kita bermakna diibaratkan seperti lilin tersebut?? YA jika kita tidak melakukan perubahan
sebagai UMAT NABI محمد, UMAT ISLAM yang tiada ARAH TUJU dan MATLAMAT. Itulah
jawapannya dan TIDAK jika sebaliknya jika kita seperti Lilin yang bukan hanya menerangi ketika
diperlukan juga mampu mengeluarkan wangiannya kepada manusia.

Seperti lilin therapy apabila dibakar akan mengeluarkan wangian yang sangat wangi dan menyenangkan
orang yang menghidunya.Oleh itu sebagai manusia yang berguna kita juga mestilah memberi manfaat
kepada orang lain.


#Renungkanlah ayat ini sahabat2 sekalian kalau kita bertanya "Kenapa kita dijadikan oleh Allah# inilah
jawapannya...

قال تعالى: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melaikan agar mereka beribadah kepada-Ku"
-surah az-zariyat:56-

pss: Letaklah agama dihadapan nescaya kamu tidak akan rugi...:)



Sabtu, 13 Oktober 2012

Kesejahteraan hati ada pada 5 perkara :-



"Kebaikkan Nafsu adalah dari bahagian dalamnya sekira-kiranya Hati tidak ada sesuatu pun yang mempengaruhi Hati melaikan Allah adalah rahsia tersembunyi...."


       KESEJAHTERAAN HATI ADA PADA 5 PERKARA :-

     1) Bacaan Al-Quran dengan Tadabbur.
   
     2) Perut yang kosong.

     3) Ibadat di waktu Malam.

     4) Merendahkan diri dihadapan Allah pada waktu sahur.

     5) Duduk di dalam majlis orang-orang soleh.


     -Dipetik dari kitab "al-mu'in 'ala tafhimil arba'in' karangan ibnu-mulqin asy-syafi'i-



 "JOM sahabat2 semua kita praktiskan apa yg disebut SEMOGA hati kita dijaga oleh ALLAH daripada
  perkara2 yang MELALAIKAN dan SIFAT2 BURUK"


 ~HIDAYAH perlu DICARI
      BUKAN hanya MENUNGGU~^.<