Ahad, 29 Januari 2012
Berhenti Mengharap
| ana dan sahabat2 |
-Tiap kali hujan disini harapan ku agar salji turun sangat2 tinggi tapi sekarang harapan tu dah berakhir sebab sekarang dah penghujung musim shita' (sejuk) akan tiba pula musim rabi' (bunga)....:)
-Tak dak rezeki ku nak merasa salji di irbid tapi ku dapat merasa juga main salji tapi di daerah lain walaupun salji tu dah nak cair..tapi taklah ku kempunan sangat nak main salji..hehe..^^
-Cakap pasal salji ni pernah ku mimpi ngeri ku mimpi bukan salji yang turun tapi batu-batu besar yang turun, sejak dari mimpi tu ku berhenti mengharap sekejap sebab takut sangat..>.<
-Untuk tahun ni harapan "Salji Turun Di Irbid" berhenti seketika tapi harapan untuk tahun depan masih ada..InsyaAllah kalau diberi rezeki ku dapat main salji yang turun di Irbid (daerah yang ku tinggal sekarang)^__^
Sabtu, 7 Januari 2012
Sejambak Mawar
Kuntuman 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.
Kuntuman 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, kamu pasti akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kamu akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian , kamu akan dihargai.
Kuntuman 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menanti anda.
Kuntuman 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakannya kepada mu.
Kuntuman 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginan.
Kuntuman 6 : Contohilah pohon kurma ; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit , dan jika di baling dengan batu, dia membalas dengan menggugurkan buahnya.
Kuntuman 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan. Lantas apa gunanya anda bersedih.
Kuntuman 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntuman 9 : Siramilah api kebencian mu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada mu.
Kuntuman 10 : Bersihkan diri, berwudhuk , memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan..~Al-Qarni~

Langgan:
Catatan (Atom)