Sabtu, 7 Januari 2012

Sejambak Mawar

Kuntuman 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.




Kuntuman 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, kamu pasti akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kamu akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian , kamu akan dihargai.




Kuntuman 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menanti anda.




Kuntuman 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakannya kepada mu.




Kuntuman 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginan.




Kuntuman 6 : Contohilah pohon kurma ; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit , dan jika di baling dengan batu, dia membalas dengan menggugurkan buahnya.




Kuntuman 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan. Lantas apa gunanya anda bersedih.




Kuntuman 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.




Kuntuman 9 : Siramilah api kebencian mu dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada mu.




Kuntuman 10 : Bersihkan diri, berwudhuk , memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan..~Al-Qarni~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan