Isnin, 27 Januari 2014





Pantaskah?

  Aku melihat di jendela bilik, mendongak ke langit nan biru, Subhanallah! Terdetik di hati kecilku, sungguh cantiknya langit, ingin aku memegangnya. Sambil aku melihat langit sambil aku selitkan bersama kecantikkannya dengan penciptanya yang maha agung Allah subhanahuwataa’la.

   Siapakah aku? Aku adalah hamba Allah, yang dicipta oleh penciptanya untuk beribadah kepadanya. Seperti dalam kalamnya “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” –surah az-dzaariyat:56-

   Astagfirullahalazim! Apa yang aku lakukan selama ini? Benarkah aku sudah menjadi hambaNya yang bersungguh-sungguh beribadah kepadanya? Apakah sudah cukup amalanku? Apakah aku sudah menjadi hambaNya yang bersyukur? Apa bekalan yang bakal aku bawa semasa di akhirat nanti? Pelbagai soalan terus menerus membayangi jiwaku tanpa jawapan.

   Tanpa sedar, air mataku mula mengalir laju membasahi pipi tembamku, aku hanya membiarkan ia menitik sehingga terdetik dalam hatiku agar air mataku ibarat dosa yang aku lakukan selama ini membiarkan dosa-dosaku mengalir sehinga habis, supaya tiada dosa lagi yang aku tanggung.

   Ya Allah, maafkan hamba Mu yang hina ini, yang selalu melakukan dosa kepada Mu. Selalu sangat lupa segala nikmat yang Engkau beri. Aku mula sedar akan tujuan aku di dunia ini, pada usia ini, aku tahu bila-bila masa nikmat kehidupan ini akan ditarik. Tapi aku mohon ya Allah, janganlah Engkau mengambil nyawa ini ketika aku lalai. Jangan ya Allah, jangan. Air mataku semakin laju mengalir, tangisan ku pula mula kedengaran kuat sehingga lah mataku terlelap.

   Titt…titttt

   Jam di hendsetku terus terusan berbunyi sehingga aku bangun dan menutupnya. Alhamdulillah, aku masih hidup, aku masih boleh beribadah kepadanya. Hatiku berbicara riang. Aku terus bangun bersihkan diri dan 
mengambil wudhu’ untuk menghadapNya. Setelah selesai solat aku terus membaca kalam Nya yang mulia.
Beberapa jam telah berlalu, aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Sebagai hambaNya di BumiNya dan dibawah langitNya.

   Jika aku nak melakukan sesuatu kemungkaran aku pantas mencantasnya dengan berkata pada diriku “Pantaskah aku berbuat dosa setelah banyak kenikmatan yang aku dapat”. Walaupun kadang-kadang aku terjunam juga pada sesetengah waktu. Kerana aku juga manusia biasa.

-sekadar coretan hatiku-


ð              #Saudara-saudara yang dikasihi dan dimuliakan Allah subhanahuwata’ala, pernahkah saudara berasa bagaimana yang saya rasa seperti coretan di atas. Mungkin ada di kalangan kita. Ya mungkin kita pernah melakukan dosa. Pasti kan? Tapi Allah sangat sayang kepada hamba-hambaNya. Bukankah pintu taubat sentiasa terbuka kepada hambaNya, sehingga ia akan ditutup bila tiba hari Kiamat. Adakah kita masih menunggu, dan hanya menunggu waktu itu sampai, tanpa melakukan apa-apa? Pantaskah? Pantaskah? Cuba kita muhasabah diri bersama-sama. Selagi kita masih hidup masih ada harapan untuk kita sama-sama melakukan amalan kepadaNya. Jangan lemah, jangan putus asa. Selamat beramal saudara seislamku. J