Rabu, 23 Mei 2012

Anakmu sentiasa merinduimu



Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


-Nasyid ni seperti menghuraikan perasaan ku saat ini-
-Yang sentiasa merindui umi dan abah serta semua adik beradik-
   
 Umi dikau seorang yang mulia,
 Mampu mendidik dan mengasuh ketujuh-tujuh anakmu tanpa
 bantuan orang lain,
 Kami diberi kasih sayang yang secukupnya,
 Kami diberi ilmu yang sepenuhnya,
 Tidak sanggup ku mengingati saat ku pernah menguris perasaan mu,
 Bila ku mengingati kembali sejuta penyesalan dalam diri ini,

 Umi maafkan anakmu ini,
 Selama ku disini,
 Jika tidak mendengar suara umi dalam seminggu hati jadi resah
 dan tidak tenang,
 Tidak dapat ku bayang jika umi meninggalkan ku untuk selamanya,
 Walaupun, hakikatnya itu lah lumrah kehidupan sebagai manusia,
 Aku sentiasa mendidik diri agar tetap tabah jika ia berlaku pada
 diri ini,
 Saat ku tiada disisi mu umi,
 Tapi tidak pernah ku lupakan berdoa dalam setiap doa dalam solat ku,

 Umi,
 Jasa-jasamu sangat berharga buat diriku,
 Tidak dapat ku balas,
 Tapi akan ku cuba untuk membalasnya walaupun tidak
 sesempurna itu,
-Umi adalah umiku yang pertama dan yang terakhir-
-----------------------------------------------------------------------------------------
 Abah,
 Kamu seorang yang berdedikasi dan terlalu tegas,
 Walaupun kamu tidak menunjukkan sifat penyanyangmu
 terhadap anak2mu,
 Tapi ku tahu kamu sangat2 menyanyangi kami,

 Abah,
 Tidak pernah ku lupa saat pertama kali kau memelukku dan
 adik perempuanku,
 Setelah sebulan abah tidak pulang ke rumah atas urusan kerja,
 Saat pelukkan itu air mataku terus mengalir tanpa henti,

 Abah,
 Bila berjauhan dengan abah,
 Nasihat2 abah sentiasa berlegar2 di kotak mindaku,
 Lawak2 jenaka abah sentiasa ku rindukan,

 Abah,
 Setiap kali aku rasa susah untuk mujahadah dalam menuntut ilmu,
 Aku teringat abah lebih susah mencari duit untuk anak2 mu belajar,
 Sehingga ku dapat menuntut ilmu disini (urdhun),

 Abah,
 Maafkanlah anak mu ini,
 Atas kesilapan yang dilakukan sepanjang hidup ini,
 Jasa2 mu juga tak dapat dihitung dengan wang ringgit,
 Moga Allah membalas jasamu di akhirat kelak..
-Abah satu2nya abah yang ku miliki didunia ini-



3 ulasan:

  1. ~~~~~~BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH LUMRAH KEHIDUPAN INSAN BERIMAN....
    SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU DUHAI KAKAKKU YANG TERCINTA~~~~~~~~~


    KHAS BUATMU
    PESONA MUSLIMAH^_^

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum.
    Didoakan agar anak gadis kesayangan umi dn abah beroleh kesejahteraan dn sentiasa dlm perlindungan Allah.
    Semoga kejayaan dn barokah Allah sentiasa bersama kamu,anakku.
    Kamu sentiasa dlm doa umi.

    BalasPadam
  3. Syukran umi n adikku tercinta...
    rasa nk nangis hehe..
    sentiasa doakan husna trus tabah dlm mghadapi ujian dunia ini...syg semuanya..=)

    BalasPadam