Bibirkan menguntum senyuman selepas membaca "Pemilik Cintaku Selepas Allah Dan Rasul".....
Banyak ibrah yang dapat diambil meskipun kepada yang sudah berumah tangga serta yang masih bujang..
Walaupun aku ditimpa "deman" pada hari ini...
Aku tidak merasa kepahitan menyelubungi diriku kerana aku dapat menghabiskan bacaan karya Fatimah Syarha...
Terasa kemanisan hidup ini walaupun kebahagian itu berlaku kepada penulis dan suami..
#Azam yang baru ditambah olehku pada hari ini dan seterusnya ialah "Ingin Menjadi Solehah utk Mendapat yang Soleh" InsyaAllah#
Sekiranya,
Kita Cinta Kepada Manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi Sekiranya,
Kita cintai kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia..
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai
orang yang kita cintai...
Tetapi Sekiranya,
Kita cintai kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga,.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah kedalam hatinya,
Cintanku kepadanya adalah kerana-Mu..
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam
mengharungi ujian,
Yang kau beri kepadaKu........
~Aminah Qutb~


Tiada ulasan:
Catat Ulasan